Your Ad Here
Small Pear
Pears


About Me

kamu pengunjung ke:
Hit Counter








Archives



Reads

tengah online!

amy
audriena
aishah IG
ayong
akungantaro
azlia
agent
bardock
bolore
blackpepel
cikin
cikgaban
data
eqbal
fendi
gamemaster
hasta
heldamelissa
huder
jeraul
kosaq
kumprinx
kiara
ketemayat
muChacha
nurayumia
nemesis
neeziee
neomatrixx
pakcik
paksu
penoreh getah
padji
saad
squall_pka1
skycrewz
shahliza
superman
t-rex
tempe
whitedolfin
yushida
zayed

//ANUGERAH//
JLBM 2008
If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

RSS Atom
rss feed


Tags
   


Graphics by:
Devonshire Design


Pears



Pears

Wednesday, August 22, 2007

[ JL BM WEEK 3 : Merdeka!! ]

JomLayan.Com

Malaysia Merdeka

Tanggal 31 OGOS ini, negara kita yang terchenta, MALAYSIA akan mengenjak tahun kemerdekaannya yang ke 50..tapi apakah kita tahu apa erti disebalik sambutan hari kegemilangan ini..?? tahukah kita apakah perit jerih yang dilalui oleh pejuang2 dahulu untuk mencapai maksud dan erti sebuah kemerdekaan..?? jom kita singkap sejarah sebuah MALAYSIA...

masih ingatkah kita pada nama Tok Janggut (1950)? pejuang inilah yang mengorbankan diri di tangan penjajah dalam usahanya untuk menuntut pembelaan rakyat di Kelantan.. namun beliau terkorban dalam pertempuran dengan tentera Inggeris di Kampung Dalam Pupoh.. semasa pertempuran mulut beliau dan pengikut tidak penah lekang dengan menyebut "ALLAHU AKBAR!!" Namun akhirnya beliau dan ramai lagi terkorban..Sadis dan air mata aku bergenang apabila membaca yang mayat beliau diarak ke Pasir Putih sebelum di bawa ke Kota Bharu dan digantung kaki ke atas, dan kepala ke bawah di Palang Merdeka sebelom mayatnya dikebumikan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan...

Tugu Negara

itu baru ceritanya Tok Janggut.. belom lagi kita semua pakat membaca dan menaakul kisah2 perjuangan Mat KIlau di negeri Pahang, Dol Said di Naning, dan juga kisah si Mat Salleh pejuang terbilang Melayu dalam menentang petualang di Sabah..mereka inilah pejuang kita yang sebenar..berjuang dalam menegakkan bangsa, agama yang tercinta!!

kemudian, perjuangan menuntut kemerdekaan diteruskan kali ini Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj..beliau lebih dikenali dengan panggilan Bapa Kemerdekaan dan Pengasas Perpaduan Kaum. Setelah berhemas pulas menentang dan menaikkan bendera malaysia, menurunkan bendera Union Jack. Tepat pada pulu 12.00 tengah malam, di Padang Kelab, Selangor, Kuala Lumpur, Tanah Melayu telah menerima  pengisytiharan kemerdekaannya menandakan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat. Keesokan hari ( 31 OGOS 1957), tepat pada pukul 9.30 pagi, laungan "MERDEKA!!" sebanyak 7 kali dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Satium Merdeka Kuala Lumpur bersaksikan oleh lebih 20 ribu rakyat oersekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing. (i wish that aku dapat bersama2 mereka menyaksikan detik2 bersejarah ini)

Merdeka.....!!! merdeka.!!    Merdeka........!!

tanya diri kita sendirik.. adakah kita kenal dengan pejuang2 dahulu..?? adakah kita tahu kisah perjuangan dan pengorbanan Rentap< Datuk Bahaman,Tok Gajah? alaaa paling koman2 pon asalkan kita tengok filem Leftenan Adnan...itu pon kalau anda berminat akan filem2 yang ganre nya sebegitu...sayang sungguh, cerita2 tentang keberanian askar kita kita yang putus kaki, putus tangan, maut terkena jerangkap samar dan dibunuh secara kejam semakin luput dari ingatan generasi sekarang..

Disebalik Merdeka ke 50

Logo sambutan ke 50 tahun

Tema: Malaysiaku Gemilang

  • Jalur Merah dan putih digayakan dalam bentuk angka 50 menjadi tunggak utama sambutan kemerdekaan yang ke 50 tahun ini.
  • Bahagian dihujung angka 5 disambungkan ke stigma bunga raya y merupakan bunga kebangsaan Malaysia. 5 titik pada sitma menunjukkan 5 prinsip rukun negara yang diamalkan oleh setiap rakyat
  • Bentuk dasar logo adalah bulat yang italic / slanted ke kanan memberi makna kemajuan pesat yang dialami oleh Negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai kemerdekaan.
  • Bentuk bulat juga bermakna rakyat Malaysia yang bersatu padu dalam mencapai nikmat  kemerdekaan.
  • Warna Merah dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia .Warna Biru bermaksud perpaduan,.kuning pula memberi makna ketua negara, Yang DiPertuan Agung ia juga bermaksud kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia kemerdekaan kita.

Logo ini diilhamkan dari jalur gemilang adalah kerana ia adalah satu 'entiti' yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang sebenarnya adalah untuk menunjukkan rasa bangga serta rasa kecintaan terhadap negara.

Merdekakah aku, Dia dan Kamu?

merdekakah aku? ahahahha aku dah cukup lama mengecapi kemerdekaan..tahukah kalian setiap kali aku keluar bekerja aku akan rasa bebas..bebas kerana tiada lagi peluru2 sesat komunis dan british menikam dada.. tiada lagi pertumpahan darah dimana2..tiada lagi bunyik  bedilan dan bom di merata2..merdeka di tanah air sendiri.. aku merdeka dalam menentukan cara hidup.. aku merdeka kerana punya keluarga yang cukup memahami.. aku merdeka apabila kerjaya aku berjalan lancar.. aku merdeka bila aku tahu aku punya ramai kenalan yang baik2..aku merdeka dengan cara aku sendiri...yang paling pasti, aku akan rasa merdeka bila tiada customer.. aku 'bebas' mengangkat kaki ke atas kaunter sambil menggoyang2 kannya mengikut alunan muzik.. ahahahahha

pakcik M (70 tahun) :"korang budak2 zaman skang ni kire beruntung la.. dulu masa zaman jepon memerintah, pakcik ngan keluarga pakcik makan nasik 1 kali je seminggu.. tu pon gaul dengan ubi kayu..makan macam tu pon dah kira cukup mewah dah nak..kalau ingat balik seksa nya hidup pada masa tuh.. 50 tahun merdeka ni bg banyak makna dalam hidup pakcik"

Roy, Mat Rempit Kota: "relek la brader....wa mmg dah lama merdeka beb..wa kalau layan moto wat superman tekan gear ngan tangan mmg wa rasa masa tuh wa dah cukup merdeka dah...rasa macam tebang beb!! malam merdeka kalau menang lumba dapat sorang awek lagik syokkk oooooo..so merdeka brader merdeka... peace!."

MIn, mangsa rogol: " saya mmg tak sangka jadi macam ni.. saya ingat si Komeng tuh nak bawak saya jalan2 tengok bunga api sempena merdeka jer.. saya sungguh tak sangka yang rupa2nya dia dah dah berpakat dengan kawan2 nya yang lain...saya dirogol beramai2 pada malam tuh..hampeh ko komengg!!"

Pak Bakar, pekerja DBKL,: "hah yer lah tuh... merdeka la sangat.. ko tengok ajer la kat dataran nih.. malam tadi ada sambutan kemerdekaan kat sini.. ko tengok nih.. sampah merata2.. nama jer merdeka.. pala hotak tak nak plak merdeka sama.. buang sampah merata2 jugak!"

Bagaimana pula dengan diri anda? adakah anda sama berfikiran seperti Pakcik M? adakah anda sanggup anak2 bangsa anda terus bergelumang di lembah gelap seperti Roy? adakah anda mahu jua menjadi mangsa keadaan seperti MIn? sesungguhnya anda sendiri yang berhak menentukan makna kemerdekaan yang sebenar..Tepuk lah dada.. tanyalah pada iman...nak salahkan pada mereka ker? mereka lahir di zaman internet..celik mata sahaja mereka menonton televisyen berwarna,hantar sms..mms..3G.. dan pada sebelah malam mereka menonton rancangan hiburan tak henti2... wallahu`alam...

psstttt!! alangkah baiknya jikalau ada usaha untuk mengulang siar saat2 Tunku melaungkan "MERDEKA" 50 tahun yang lalu bg menggantikan konsert Di Ambang Merdeka..aku rase dengan cara ini barulah dapat sedikit sebanyak mengimbau kembali saat bersejarah itu dan menyuntik semangat kemerdekaan disetiap hati rakyat malaysia.. errr....well,majoriti dari kita ini mana boleh dipisahkan dengan bunga api dan konsert yang heboh2 tu kan..?? huhuhuhu.. ape2 jer la..

 

UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com UTK MENGUNDI...

Go to fullsize imageGo to fullsize image

Telah Ditepek Pada Wednesday, August 22, 2007 by jejerZ
apa kata anda?  


Tuesday, August 21, 2007

[ yeahhhh!! ]

alhamdulillah....tepat pukul 7.32 petang semalam angah dah selamat melahirkan baby gurl..lantas menghentikan segala kerisauan mak ngan ayah aku.tak senang duduk.. sikit2 suh aku kol abnag ipar aku nak tahu apa perkembangan terbaru.. huhu adeihh...semalam aku sempat sms ngan angah.. tu sebelom dia masuk bilik bersalin..sempat lagik tuh gegurau..ahahaha..berita best ni abang ipar aku sendiri yang bgtau malam tadi..suara nya hepi dan ceria di corong tepon .. suka laa tuh dah jadik mak ngah ayah yer...huhuhuh

setakat ni belom decide nama lagik.."list nama yang cikna bg tuh ader..nnt kami pilih lah nama yang paling best yer..".. alahai terharu mak saudaranya yang belah sini taw.. ahahha..  malam tadi aku sms angah lagik..

  • aku:tahniah yer.. dapat baby girl
  • angah: mekasih..anak ngah sama sebijik macam muka angah laa.. idung kemek..
  • aku: laaaa yer ker..?? napa tak ikut rupa cikna ..(aku)..mesti lawa...ahahah
  • angah: cis..sakit weiii beranak..
  • aku: erghhhh ni yang aku fobia nih.. takut!!
  • angah: hahaha.. nnt ko rase kan lah sendiri penangan kesakitan tuh.. ahaha
  • aku: lambat lagik la ngah... calon2 pon xder.. huhuhu

abang jid (abang sulung aku) kol sejurus lepas tuh.."hepi lah ek dapat anak sedaa baru".. aku gelak..mmg lah hepi.. dah lama tak main2 ngan baby tau.. huhuh emm.. yang paling aku tak tahan ayat dia yang last tuh .." cikna, tak rasa ke diri tuh dah makin tua? emm.. tak teringin ker nak timang anak sendirik?" ahahahahahha aku gelak panjang! siottt jer...

Telah Ditepek Pada Tuesday, August 21, 2007 by jejerZ
apa kata anda?  


Wednesday, August 15, 2007

[ JL BM WEEK 2: emmbeeekkkk!! ]

AMARAN: entry kali ini adalah sangat berbau hamis ala kambing... pastikan anda mempunyai alat bantuan penafasan yang bercop SIRIM... huhuhu emmmbekkkkk!!

kambing jenis Jamnapari

untuk makluman anda..kambing adalah sejenis binatang berkaki empat..berdarah panas,melahir dan menyusukan anaknya..bertanduk..yang jantan berjanggut.. ensemm..ada banyak jenis kambing.. sebagai contoh kambing Boer dan kambing Jamnapari..emmbekkk!! oh lupa nak bgtau... emmmmbekkk itu adalah bunyi kambing.. (sila sebut perkataan itu dengan penuh emosi)...

peristiwa berbau kambing ini membawa aku terus pada 2 tahun lepas.. ketika ini aku di dewan peperiksaan akhir di uni.. paper apa aku dah lupa .. yang apsti aku duk sebelah seorang mamat berkulit hitam pekat.. dr awal aku sit lagi aku dah rasa semacam..bau menda ni ek..?? emmm patut la.. mamat tuh yang berbau kambing!! ufffff!!!!!! itu lah bahana selalu makan kambing.. sampai peluh pon kuar sejibik bau kambing... 2 jam aku duk dalam dewan tuh aku hampir muntah... tahan beb..bau dia sungguh menyengat.. menikam kalbu....that's why aku tak dapat A untuk that subjek... bau kambeng punyer pasal.. (alasan.........) emmbeekkkkkk!!

kalau anak jati kota.. kuala lumpur misalnya...rupa kambing secara 'live' pon sure diorang tak penah tengok.. apatah lagi untuk menghidu bau hamis kambing itu...huhuhu itu adalah satu kerugian besar aku rasa..yang diorang tahu hanya guna susu kambing untuk kecantikan kulit dan wajah..walau rupa sebenar objek yang menghasilkan susu berkhasiat itu langsung tidak dikenali.. citt! (sama kes la dengan si lembu.. majoriti yang minum susu lembu tapi tak penah nak panggil lembu itu MAK..).. kecik ati dia taww... emmmmbekkkk!!

kambing jenis Boer

adapon menjadi seekor kambing jua banyak dugaannya.. tatkala musim raya korban kambing2 ini mula menggeletar kaki dan tangan... takut menjadi pilihan hati untuk dijadikan korban.. pada masa ini mungkin mereka akan merasai debaran yang tak berkesudahan.. seperti finalis2 AF semasa hendak diumumkan siapa yang bakal keluar dr pertandingan giteww..tiba detik nama dipanggil mereka cuma terpaksa redha dan pasrah menerima suratan takdir.. "apakan daya.. saya hanya seekor kambing.. kepada juri awam dan khas.. terima kasih kerana mengundi saya untuk dijadikan korban tahun ini...emmbekkkkkk!!"

apa2 pon... yang paling diantikan oleh manusia pada kambing ini adalah tang baunyer.. hah!! yer lah tuh... sebusuk2 kambing...dipelihara... disembelih.. dimasak dan dimakan jugak akhirnya...(siap leh wat masak kari, sup, goreng black pepper,sate lagi taw!!)...adalah lebih mulia kedudukan kambing itu jika dibandingkan dengan manusia yang berhati busuk..sampah..!! menjadi duri dalam kehidupan bermasyarakat... at least kambing pon tahu apa erti merdeka berbanding dengan mereka yang berhati busuk yang hanya tahu menjadi api dalam sekam.. gunting dalam lipatan.. cis!! emmbekkk!!

kari kambing.. yummy!!

kewujudan makhluk bernama kambing di alam maya ini banyak kegunaannya pada manusia.. bak kata pepatah "kalau tiada lembu, kambing pon berguna jua".. jadi walau apa pon kekurangan dan kelebihan yang terdapat pada diri seekor kambing terima sajalah... kambing juga makhluk Tuhan yang diciptakan untuk menyerikan lagi dunia ini..cuba saja anda bayangkan padang ragut nan meluas kosong..tanpa bunyi kambing bersahut - sahutan...ahhh kenapa ayat yang last ini begitu sadis bunyik nyer..?? huhuhu embekkk!!

aku akhiri entry kali ni dengan sebuah cerita yang bertajuk Antara ayer dan Jakarta...eh silap!! Antara ayam dan kambeng laa... huhuh

satu hari... Si ayam sedang mengais-gais tanah mencari makan..datang plak sang kambing ngan muka tak bersalah datang..speses mafia kot suka sound2 orang..

  • Kambing: apahal ko ni yam..kuar reban tak penah nak pakai selipar..sampai kuar peribahasa "berkaki ayam" pengotor betoi laa...
  • Ayam: (sambil tersenyum) takper la.. aku pasrah ko nak cakap apa hal aku.. aku tak cara hal orang.. ko tuh... ada janggut panjang.. konon alim la.. tapi TELUR nampak.. hampeh..!!
  • Kambing: %^&%^%**^*&^^*^^(^$%$%emmbekkk!!

UNDILAH SAYA UTK JL BLOGGER MANIA SEKIRANYA ANDA RASA SAYA LAYAK. SILA DAFTAR DIRI ANDA DI http://www.jomlayan.com UTK MENGUNDI...emmmbekkkk!! (oppsss!!)

Telah Ditepek Pada Wednesday, August 15, 2007 by jejerZ
apa kata anda?  


Don't buy Vista Security
Next Page